Dua anggota disyaki ‘pau’ warga asing
Oleh – Syeikh Baran
Polis menjalankan siasatan dalaman berhubung video tular yang mendakwa dua anggotanya memeras ugut warga asing baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan satu video tular di Telegram ‘Edisi Siasat’ pada pukul 5 petang semalam.
“Paparan video itu mengaitkan dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang dikatakan telah menahan dua warga asing.
“Satu siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengesahkan kejadian sebenar,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Shahrulnizam, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana anggota yang terlibat dalam kegiatan salah laku atau perlakuan jenayah.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai dua video memaparkan anggota polis bersama lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan mencurigakan di Sungai Wei.
Sumber – KOSMO! ONLINE.