Isteri Kedua Abang Tesla Dituduh Cuba Bolot Harta Lepas Lahirkan Anak?
Isteri Pertama Hilang Sabar
Isteri Kedua Abang Tesla Dituduh Cuba Bolot Harta Lepas Lahirkan Anak?
Ahli perniagaan, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry meluahkan rasa kecewa apabila orang luar telah menghebahkan mengenai kelahiran anaknya di media sosial.
Kata abang Tesla, isteri keduanya itu masih berada di hospital dan dia buntu apa lagi yang harus dilakukan.
Malah, ayat yang ditulis di dalam posting menyebabkan orang ramai menuduh isteri keduanya cuba untuk membolot harta.
Sedangkan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi langsung tidak memuat naik sebarang perkembangan.
Sementara itu, isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari dilihat sudah hilang sabar mendakwa sering diganggu secara mental oleh keluarga madunya.
Nurmajdina juga menunjukkan bukti alat ujian kehamilan di mana dia pernah mengandung dan tidak mandul.
Namun, kandungan itu difahamkan tidak bertahan lama dan gugur pada usia 6 minggu.
Isteri pertama abang Tesla juga memberi amaran mengenai perniagaan di mana ianya diusahakan oleh mereka dari bawah.
Tanpa menyebut nama, Nurmajdina berkata, individu tersebut langsung tidak membantu sehingga syarikat sudah mempunyai 6 cawangan.
Isteri pertama memohon individu tersebut dan ahli keluarganya mempunyai sedikit perasaan malu apabila cuba mengaku-ngaku mengenai perniagaan Khal Legacy.
Kesabaran semakin menipis, Nurmajdina mendakwa sudah lama berdiam diri namun langsung tidak dihormati dan dihargai.
Malah, pihak sana semakin melampau menghina dan dia terpaksa mempertahankan diri sendiri.
Isteri Kedua Abang Tesla Dituduh Cuba Bolot Harta Lepas Lahirkan Anak?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :