Keangkuhan Hadi Akan Menghancurkan PN

Keangkuhan Hadi Akan Menghancurkan PN

Keangkuhan Hadi Akan Menghancurkan PN

 

Sebelum ini PAS bersengketa dengan parti Gerakan kerana berebut kerusi bagi Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang dan isu judi di Kedah.

Bukan penulis mahu membela parti Gerakan.



Dan sememangnya kita semua tahu, parti Gerakan hanyalah sebuah parti yang kecil dan tiada pengaruh serta jentera pilihan raya seperti PAS.

Dari semua sudut, PAS mempunyai pelbagai kelebihan berbanding Gerakan.

Tetapi sebagai parti yang membawa slogan Islam, pemimpin PAS, terutamanya Hadi Awang patut arif dalam menjalinkan hubungan sesama manusia.

Tindakan PAS mengaibkan Presiden Gerakan dalam kempen Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang adalah tindakan yang sangat tidak wajar.



Kini menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah, Hadi Awang sekali lagi menunjukkan keangkuhan beliau.

Sebelum ini, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee, memberi peringatan agar Perikatan Nasional tidak bertanding di Sabah.

Peringatan Yong Teck Lee itu ada rasionalnya.

Senario politik di Sabah adalah jauh berbeza dengan senario politik di Semenanjung.



Kehadiran parti dari Semenanjung hanya akan dilihat sebagai cubaan campurtangan orang luar.

Kenyataan Yong Teck Lee itu adalah sebagai respon kepada kenyataan Hadi Awang yang mahu PAS menawan dan memerdekakan Sabah.

Ini membuatkan SAPP membuat keputusan untuk memasuki Pilihan Raya Negeri Sabah tanpa Perikatan Nasional.

SAPP sebaliknya membuat keputusan untuk bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).



Tetapi Hadi Awang dengan angkuhnya berkata, tidak ada pihak lain yang boleh membuat keputusan bagi pihak parti itu dalam percaturan mereka di Sabah.

“Bergantung kepada kita (PN) untuk buat keputusan, bukan mereka.”

“Kita akan lihat pilihan mana yang lebih baik,” kata Hadi Awang.

Apa maksud Hadi Awang bila beliau mengeluarkan perkataan tidak ada pihak lain?



Adakah kerana SAPP cuma parti yang kecil seperti Gerakan, maka Hadi Awang menganggap SAPP sebagai orang luar?

PAS cuma memiliki 43 ahli parlimen dan 4 kerajaan negeri.

Bayangkan kalau PAS dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan menguasai kesemua negeri.

 



Keangkuhan Hadi Akan Menghancurkan PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button