Lelaki Jepun ini dakwa hanya tidur 30 minit sehari

Lelaki Jepun ini dakwa hanya tidur 30 minit sehari

Lelaki Jepun ini dakwa hanya tidur 30 minit sehari
HORI berkata, dia melatih otak dan badannya berfungsi normal dengan waktu tidur yang minimum dan tidak pernah berasa letih. FOTO Agensi

Tokyo: Tidak seperti individu biasa, seorang lelaki di Jepun mendakwa dia hanya tidur 30 minit setiap hari sejak 12 tahun lalu.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Daisuke Hori, 40, berbuat demikian sebagai usaha untuk “menggandakan masa kehidupannya” dan meningkatkan kecekapan kerjanya.

Hori dari wilayah Hyogo di barat Jepun, berkata, dia melatih otak dan badannya berfungsi normal dengan waktu tidur yang minimum dan tidak pernah berasa letih.



Dia adalah seorang usahawan, yang meminati muzik, lukisan dan reka bentuk mekanikal.Hodi mula mengurangkan tempoh tidur sejak 12 tahun lalu untuk mendapatkan lebih banyak masa setiap hari.

Dia mengurangkan tidurnya kepada hanya 30 hingga 45 minit sehari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Mampu Tawan Sabah




“Selagi kamu bersukan atau minum kopi sejam sebelum makan, kamu boleh menahan rasa mengantuk,” katanya.

Pada 2016, Hori mengasaskan Persatuan Latihan Tidur Pendek Jepun yang menjadi tempatnya mengendalikan kelas mengenai tidur dan kesihatan.

“Orang yang memerlukan tumpuan berterusan dalam kerja mendapat lebih banyak manfaat daripada tidur berkualiti daripada lena dalam tempoh lama.

“Sebagai contoh, doktor dan bomba mempunyai tempoh rehat yang lebih pendek tetapi mengekalkan kecekapan yang tinggi,” katanya.



TV Yomiuri Jepun mengikuti Hori selama tiga hari dalam rancangan realiti bertajuk Will you go with me?.

Pada suatu hari, Hori didapati tidur selama 26 minit sahaja dan bangun “secara semula jadi”.

Lelaki Jepun ini dakwa hanya tidur 30 minit sehari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Keangkuhan Hadi Akan Menghancurkan PN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button