Paralimpik Paris: Kar Gee terlepas gangsa saat akhir
Paralimpik Paris: Kar Gee terlepas gangsa saat akhir
KUALA LUMPUR – Atlet lompat jauh para negara, Wong Kar Gee terlepas peluang menaiki podium Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas ‘tercicir’ pingat gangsa pada saat akhir dalam aksi final T12 (kecacatan penglihatan) sebentar tadi.
Kar Gee, 33, berada di kedudukan tempat ketiga sepanjang lima pusingan dengan catatan terbaik 6.85 meter (m) dilakukan sewaktu lompatan pertama pada aksi di Stade de France, Saint-Denis itu.
Bagaimanapun, hasrat untuk membawa pulang pingat dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan Paralimpik tidak kesampaian selepas kedudukannya dipintas pada lompatan terakhir oleh atlet Argentina, Vazquez Fernando.
Fernando berjaya melakukan lompatan sejauh 6.88m, 0.03m lebih jauh daripada catatan dilakukan Kar Gee sekali gus menghalang impian atlet dari Sabah itu untuk menghadiahkan pingat kedua buat kontinjen negara di bumi Paris kali ini.
Pingat emas acara tersebut dirangkul oleh atlet Azerbaijan, Said Najafzade dengan lompatan sejauh 7.27m, manakala perak dimenangi Doniyor Saliev dari Uzbekistan menerusi catatan 7.16m.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
- Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MAS, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
Sebagai rekod, Kar Gee pernah memenangi pingat perak dan gangsa di pentas Kejohanan Olahraga Para Dunia selain turut mencipta rekod perbadi musim ini dengan catatan 7.05m dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun pada Mei Lalu.
Paralimpik Paris: Kar Gee terlepas gangsa saat akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .