Peguam Anggap Pendakwaan Atas Najib Sebagai Penganiayaan Politik

Peguam Anggap Pendakwaan Atas Najib Sebagai Penganiayaan Politik

Peguam Anggap Pendakwaan Atas Najib Sebagai Penganiayaan Politik

 

Tuduhan salah guna kuasa terhadap bekas perdana menteri DS Najib serupa penganiayaan politik, kata peguamnya.

Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin memberitahu Mahkamah Tinggi, DS Najib dijadikan kambing hitam dalam skandal 1MDB.



Walaupun bekas pengarah dan kakitangan pengurusan syarikat itu yang melakukan kesalahan.

Beliau mendakwa, beberapa bekas pengarah dan kakitangan pengurusan memberikan keterangan yang memudaratkan DS Najib.

Ianya dilakukan untuk mereka mendapatkan imuniti daripada pendakwaan.

“Saman sivil 1MDB yang difailkan terhadap mereka juga ditarik balik.”



“Mereka tidak boleh datang ke mahkamah dan memperdayakan hakim dengan berkata, mereka tidak mendapat sebarang keuntungan apabila memberikan keterangan,” jelas beliau.

Pada perbicaraan itu, beberapa pengurusan kanan 1MDB memberikan keterangan bagi pihak pendakwaan.

Mereka adalah dua bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Hazem Abd Rahman.

Bekas pengarah Ismee Ismail, bekas pengerusi Bakke Salleh.



Dan bekas ketua pegawai kewangan Azmi Tahir.

Sementara itu, ketua pasukan guaman DS Najib, Shafee Abdullah, pula berhujah mengenai keputusan mahkamah jenayah persekutuan Switzerland.

“Minggu lepas mahkamah memutuskan eksekutif PetroSaudi International (PSI) Tarek Obaid dan Patrick Mahony bersalah menyeleweng lebih USD1.8 bilion daripada 1MDB.”

“Obaid dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, manakala Mahony akan dipenjarakan enam tahun.”



“Mahkamah itu turut memerintahkan rampasan dan pengembalian aset mereka.”

“Termasuk hartanah dan dana dalam pelbagai akaun bank, berjumlah lebih USD240 juta.”

“Mahkamah dalam kes Tarek dan Mahony tidak pernah menyebut DS Najib terlibat.”

“Testimoni dan keterangan yang diberikan bebas.”



“Menghapuskan sebarang idea bahawa DS Najib melantik Jho Low sebagai wakilnya dalam 1MDB dan dalam usaha sama 1MDB dengan PSI,” kata beliau.

Kita merasa sangat hairan, perbicaraan dan keputusan mahkamah di serata dunia tidak pernah menyebut DS Najib terlibat dalam skandal 1MDB.

Tetapi di Malaysia, DS Najib masih terus dihukum dan menghadapi pelbagai pendakwaan dalam skandal 1MDB.

 



Peguam Anggap Pendakwaan Atas Najib Sebagai Penganiayaan Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button