Pemilik motosikal dakwa kenderaan ‘berubah’ selepas pemeriksaan polis diminta tampil

Oleh – Syeikh Baran


Pemilik motosikal dakwa kenderaan ‘berubah’ selepas pemeriksaan polis diminta tampil

Polis meminta pemilik motosikal yang mendakwa kenderaannya berubah selepas diperiksa dua anggotanya di sebuah stesen minyak di Subang Perdana, di sini untuk tampil membantu siasatan.



Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya terkesan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi tiga minit 18 saat yang memaparkan kejadian itu, kelmarin.

Katanya, rakaman itu memaparkan petugas rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Kampung Baru Subang mendekati sebuah motosikal di stesen minyak berkenaan.

“Untuk makluman, pemeriksaan kenderaan adalah tugas harian setiap petugas rondaan cegah jenayah di lapangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas beliau, penularan rakaman itu dilihat menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.



“Sehubungan itu, pemilik motosikal tersebut diminta tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan rakaman video yang boleh menjatuhkan imej PDRM tanpa kesahihan,” katanya.

Kata beliau, orang ramai yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button