Pengawalseliaan sendiri melengkapi kerangka undang-undang – CMCF
Pengawalseliaan sendiri melengkapi kerangka undang-undang – CMCF
Cyberjaya: Dalam landskap digital hari ini, kerangka undang-undang adalah penting untuk mendorong langkah pencegahan yang berkesan, akauntabiliti dan ketelusan, selaras dengan komitmen kerajaan untuk melindungi rakyatnya daripada bahaya.
Pengawalseliaan sendiri memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kerangka ini dan membolehkan pendekatan yang seimbang.
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum), yang ditubuhkan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA98), berada di barisan hadapan dalam menggerakkan proses ini.
Usaha kolaboratif Content Forum memupuk ekosistem kandungan yang bertanggungjawab dan inovatif, di mana ia mengalu-alukan semua pihak berkepentingan untuk turut serta dalam menegakkan piawaian ini, mencipta masa depan digital yang memberi manfaat dan melindungi semua.
Pengerusi Content Forum merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali berkata, dengan penyedia perkhidmatan dalam talian (OSP) kini di bawah pengawasan perlesenan, pihaknya berdedikasi untuk membantu pembangunan piawaian kandungan yang menangani kandungan berbahaya dan kemudaratan dalam talian secara berkesan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
- Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MAS, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
“Content Forum menjemput OSP dan pihak berkepentingan lain untuk menyertai kami dalam usaha kerjasama ini untuk memastikan piawaian kandungan dipatuhi dengan ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterangkuman.
“Kami mengalu-alukan sebarang peluang untuk bekerjasama dalam menangani cabaran zaman digital sambil mengekalkan ekosistem kandungan yang bebas dan bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro, Euan Daryl Smith, pula berkata, penyertaan dalam Content Forum memberi mereka sebagai penyiar, cara yang berkesan untuk sentiasa mengikuti piawaian kandungan merentasi pelbagai sektor.
“Ia memudahkan kami kekal patuh pada peraturan, supaya kami boleh terus fokus kepada penyampaian kandungan berkualiti.
“Lebih daripada itu, ia juga memberi kami peluang untuk terlibat dalam pembentukan dasar, memastikan piawaian yang ditetapkan adalah praktikal, seimbang, dan berpandangan jauh,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN
- Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.
- Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah
Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
Presiden Persatuan Pengiklan Malaysia merangkap Naib Pengerusi Content Forum, Claudian Navin Stanislaus berkata, apabila berkaitan dengan isu kandungan, Kod Kandungan menyediakan jalan yang jelas untuk menangani sebarang pelanggaran.
“Keupayaan untuk mengantara konflik dan mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada semua pihak juga tidak ternilai.
“Selain itu, Biro Aduan menawarkan platform yang dipercayai untuk menyelesaikan pertikaian, menyediakan proses yang boleh diakses dan telus yang mengukuhkan integriti industri,” katanya.
Beliau berkata, kawalselia kendiri juga lebih baik untuk pengguna dan industri dalam era perubahan pesat dan perkembangan media ini.
“Bentuk kawalan atau penguatkuasaan lain mungkin tidak dapat bertindak atau memberi respons dengan cepat dan berkesan, tanpa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
- Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD
mengambil pendekatan yang bersifat sekatan – atau lebih teruk lagi – menjejaskan kebebasan pengguna,” katanya.
Sementara itu, Dr Kiranjit Kaur daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) pula menyatakan, pihaknya menghargai Content Forum sebagai platform penting untuk memperjuangkan perubahan yang bermakna dan berkekalan dalam pengurusan kandungan, seperti peruntukan terbaru dalam Kod Kandungan yang menangani keganasan berasaskan jantina dalam talian.
“Kerjasama ini memastikan bahawa suara golongan yang paling terkesan oleh kandungan yang berbahaya didengar dan ditangani, mengukuhkan kepentingan kritikal penglibatan komuniti dalam membentuk masa depan digital kita,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum, Mediha Mahmood berkata, CMCF menghargai kerjasama produktif yang dijalin dengan beberapa OSP dalam inisiatif kesedaran keselamatan dalam talian.
“Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan kerjasama ini akan berkembang lebih mendalam, dengan OSP secara aktif menyumbang kepada pembangunan piawaian kandungan yang bakal diketuai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Inisiatif ini adalah penting untuk memastikan penjajaran dengan undang-undang negara serta memperkukuh usaha kolektif kita dalam mencegah dan mengatasi kandungan dalam talian yang memudaratkan,” katanya.
Pengawalseliaan sendiri melengkapi kerangka undang-undang – CMCF
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :