Piala Raja Thai: Malaysia sambar emas acara regu

Piala Raja Thai: Malaysia sambar emas acara regu

Piala Raja Thai: Malaysia sambar emas acara regu
SKUAD negara merangkul pingat emas dalam acara regu lelaki selepas membenam cabaran India di perlawanan akhir. – PSM

KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw negara memastikan pingat emas acara regu lelaki pada Kejohanan Piala Raja Thai 2024 menjadi milik Malaysia selepas mudah menjinakkan India 2-0 di perlawanan akhir hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Korat, Thailand itu, regu negara yang dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam mencatat kemenangan straight set 15-5, 15-9.

Lebih manis, pada edisi kali ini, Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah dalam acara tersebut apabila menang kesemua aksi divisyen premier liga sepusingan itu termasuk menewaskan Singapura (2-0), China (2-0) dan Brunei (2-1).



Bagaimanapun, Malaysia dianggap berdepan laluan mudah dalam acara regu pada edisi kali ini memandangkan pasukan tuan rumah yang juga musuh tradisi skuad negara, Thailand tidak menyertai acara tersebut.

Cabaran sebenar skuad kebangsaan nanti adalah dalam acara berpasukan lelaki yang menyaksikan Thailand akan turun mempertahankan kejuaraan dimenangi pada edisi tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?




Dalam acara berpasukan nanti, Malaysia diundi dalam saingan Kumpulan C bersama China dan Laos manakala Thailand berada dalam Kumpulan A bersama India dan Jepun.

Selain acara yang melibatkan pasukan lelaki, skuad kebangsaan turut menghantar penyertaan dalam acara berpasukan wanita, quadrant wanita dan campuran divisyen premier. – KOSMO! ONLINE

Piala Raja Thai: Malaysia sambar emas acara regu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button