Tawan Sabah, Pas hanya mimpi di siang hari – Puad

Oleh – Syeikh Baran


Tawan Sabah, Pas hanya mimpi di siang hari – Puad

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ingin menawan Sabah dan memerdekakan negara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu selepas ini sebagai bermimpi di siang hari.



Malah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu mendakwa parti pembangkang yang bersama Bersatu dalam Perkatan Nasional (PN) itu sukar untuk memenangi walau satu kerusi di Sabah selama ini.

“Hadi kata Pas perlu tawan Sabah jika mahu memerdekakan negara. Kalau begitu Pas hanya bermimpi di siang hari. Pas sukar menang walaupun satu kerusi di Sabah.

“Lagi pun apa sebenarnya yang Pas mahu merdekakan? Pas sendiri tidak mampu memerdekakan partinya dari amalan politik toksik, politik melabel lawan dengan gelaran ‘dajal’, ‘anti Islam’ dan sebagainya,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
 
Dalam pada itu, Mohd. Puad juga berkata, Pas adalah penjajah pemikiran politik agama yang memundurkan.

“Terlalu lama penjajahan ini berlaku. Seolah olah Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Rakyat perlu dimerdekakan daripada penjajahan politik agama yang menyesatkan ini,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button