Video kreatif uli doh dalam pesawat jadi bahan kritikan

Video kreatif uli doh dalam pesawat jadi bahan kritikan

Video kreatif uli doh dalam pesawat jadi bahan kritikan
TANGKAP layar daripada video wanita menguli doh roti dalam pesawat.

Madrid: Seorang pencipta kandungan media sosial dikecam warganet kerana membuat vlog mengenai proses membuat roti ‘sourdough’ ketika dalam penerbangan ke Sepanyol.

Maria Baradell, 37, yang mengumpul pengikut kerana memuat naik video pembuatan roti untuk perniagaannya, mencetuskan kontroversi susulan rakaman itu.

Dia bagaimanapun dilapor sudah meminta maaf terhadap semua pihak atas ketelanjuran itu, terutama mereka mempersoal bahan digunakan, yang boleh menjejaskan orang mempunyai alahan.



Dalam rakaman itu, ibu lima anak terbabit menunjukkan proses menghasilkan doh roti untuk memberi kejutan kepada kakaknya.

Dia turut dilihat menguli adunan di dalam mangkuk sebelum ditutup untuk proses mengembangkan doh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?




 Semua proses itu dilakukan di tempat duduknya di dalam penerbangan American Airlines dari Chicago ke Barcelona.

Bagaimanapun, disebabkan altitud, suhu dan kelembapan dalam kabin, doh itu tidak menjadi dan wanita terbabit memaklumkan akan menambahbaik adunan sebaik berjumpa kakaknya.

Apa yang sepatutnya menjadi video kreatif untuk berkongsi kesungguhannya dalam penghasilan roti, berakhir dengan kritikan ramai pihak yang bimbangkan keselamatan dan kebersihan roti yang mungkin terdedah bakteria.

“Bagaimana dengan orang yang ada alahan teruk?” tulis seorang pengguna media sosial, sementara seorang yang lain memaklumkan “Saya sentiasa bawa Epi-pen kerana alahan gandum yang teruk. Zarah tepung yang terbang di udara (kabin) sudah tentu tidak baik.”

Video kreatif uli doh dalam pesawat jadi bahan kritikan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button