Dari hampir dibeli Chelsea, Osimhen ke Liga Turkiye

Dari hampir dibeli Chelsea, Osimhen ke Liga Turkiye

Dari hampir dibeli Chelsea, Osimhen ke Liga Turkiye
OSIMHEN akhirnya berjaya keluar daripada Napoli dengan menyertai Galatasaray secara pinjaman.

ISTANBUL – Penyerang kontroversi, Victor Osimhem akhirnya menemui jodoh baharu apabila bersetuju untuk berhijrah menyertai gergasi Turkiye, Galatasaray secara pinjaman selepas mendapat lampu hijau daripada Napoli.

Bintang antarabangsa Nigeria itu bersetuju dengan terma baharu yang ditetapkan oleh Napoli dengan mengurangkan klausa penebusan dalam kontraknya daripada €130 juta (RM629 juta) kepada €75 juta (RM363 juta) pada tahun depan.

Osimhen sebelum ini digugurkan daripada skuad utama Napoli kendalian Antonio Conte pada musim ini dengan presidennya, Aurelio De Laurentiis memberi kebenaran buat pemain berusia 26 tahun itu berhijrah.



Pada awalnya, Osimhen telah berunding dengan kelab berpengaruh Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dan pasukan gergasi Liga Pro Arab Saudi (SPL), Al Ahli tetapi hajatnya tidak kesampaian.

Situasi tersebut menyaksikan Galatasaray menawarkan tempat buat Osimhen dengan pembayaran gaji penuh mencecah nilai €10 juta (RM48.4 juta) sehingga penghujung musim nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keangkuhan Hadi Akan Menghancurkan PN




Osimhen sebelum ini menjadi memegang status sebagai penyerang prolifik Napoli apabila membantu pasukan itu menjuarai saingan Serie A 2022/2023 selain turut bergelar penjaring terbanyak pada musim yang sama..

Namun, Osimhen dilaporkan sudah tidak ‘sebulu’ dengan Conte selaku pengendali baharu selepas pasukan itu berjaya mendapatkan penggantinya daripada Chelsea, Romelu Lukaku pada musim ini.

Sebagai rekod, jendela perpindahan Liga Turkiye masih dibuka sehingga 18 September depan. – AGENSI

Dari hampir dibeli Chelsea, Osimhen ke Liga Turkiye

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Bantah Syarat Isytihar Harta Dalam MoU

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button