PN Bantah Syarat Isytihar Harta Dalam MoU
PN Bantah Syarat Isytihar Harta Dalam MoU
Pemimpin Perikatan Nasional menganggap yang diberikan kerajaan untuk tandatangan MoU sebagai pelik.
“Dalam MOU ini, disebut tujuh prinsip berkaitan kehidupan awam, pertuturan kebencian, hasutan kebencian, mengenai isu bangsa, agama dan raja-raja.”
“Maka isu 3R pun dimasukkan dalam memorandum sebelum kerajaan nak bagi peruntukan.”
“Draf memorandum yang diterima dari Putrajaya turut menetapkan beberapa kewajipan di pihak kerajaan.”
“Apa yang kita tak faham ialah mengapa mereka mahu ahli parlimen yang bukan sebahagian daripada pentadbiran mengisytiharkan harta mereka.”
“Kami tidak faham perkara ini.”
“Perdana menteri sebelum ini hanya memerlukan pengisytiharan harta daripada anggota pentadbiran.”
“Kami belum memutuskan sama ada kami boleh menerima memorandum ini atau sebaliknya,” kata Ketua Whip Pembangkang, Takiyuddin Hassan.
Kita tidak faham mengapa Takiyuddin yang mewakili Perikatan Nasional menganggap syarat yang diberikan itu sebagai pelik.
Ketika Perikatan Nasional menguasai Putrajaya, mereka telah melakukan perkara yang sama sebelum ini.
Semua ahli pentadbiran kerajaan dari perdana menteri hingga timbalan menteri telah pun mengisytiharkan harta mereka.
Jadi tidak timbul masalah sekiranya mereka sekali lagi diminta untuk mengisytiharkan harta mereka.
Kecuali pengisytiharan harta yang pernah dibuat sebelum ini tidak tepat dan ada sesuatu yang disembunyikan.
Mengenai 3R pula, isu yang berlaku di Nenggiri baru-baru ini, sepatutnya dijadikan noktah dalam perbuatan mengheret istana ke kancah politik.
Mungkin atas tujuan itu, kerajaan memasukkan syarat yang menyentuh isu 3R sebagai antara 7 syarat utama MoU.
Dalam sistem Raja Berpelembagaan, kedudukan Raja Raja Melayu berada di atas politik.
Adalah sangat tidak wajar untuk mengheret institusi tersebut ke dalam dunia politik.
Ahli politik tidak boleh memanipulasikan isu agama dan bangsa sebagai kempen untuk meraih sokongan pengundi.
Pengundi yang berumur antara 18 hingga 25 tahun adalah kumpulan yang mudah dipengaruhi dengan isu 3R.
Apa yang membimbangkan, mereka akan bertindak agresif apabila dilakukan provokasi dengan isu agama dan bangsa.
Apakah Perikatan Nasional mahu satu lagi tragedi 13 Mei berlaku?
PN Bantah Syarat Isytihar Harta Dalam MoU
Di Syorkan Untuk Anda:
- Keangkuhan Hadi Akan Menghancurkan PN
- Sekali Lagi Fadhli Shaari Salah Sondol
- Peguam Anggap Pendakwaan Atas Najib Sebagai Penganiayaan Politik