Sorok minyak sawit mentah dalam stor haram

Oleh – Syeikh Baran


Sorok minyak sawit mentah dalam stor haram

Sebuah treler mengandungi 43,000 liter minyak sawit mentah bernilai RM220,500 dirampas selepas disyaki disimpan secara tidak sah di sebuah premis haram di Permas Jaya, di sini semalam.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, operasi bersepadu itu dijalankan bermula pukul 12.30 tengah malam sehingga 10.18 pagi dengan kerjasama penguatkuasa Malaysian Palm Oil Board (MPOB).

“Dalam serbuan itu, pihak berkuasa telah menemukan sebuah stor yang dijadikan sebagai tempat simpanan minyak sawit mentah secara tidak sah.

“Antara yang ditemukan termasuklah sebuah treler mengandungi minyak sawit mentah sebanyak 43,000 liter, sebuah lori dengan anggaran minyak sawit mentah sebanyak 10,000 liter dan sebuah treler dengan minyak sawit mentah seberat 5,000 liter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Raub, anggaran nilai minyak sawit mentah yang dirampas adalah sebanyak RM220,500, manakala nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM465,111.



“Tiada sebarang tangkapan dibuat kerana premis berkenaan tidak berpenghuni semasa serbuan dilakukan,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button