Budak 10 tahun bawa kereta langgar van, Perodua Kancil

Oleh – Syeikh Baran


Budak 10 tahun bawa kereta langgar van, Perodua Kancil

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikesan memandu kereta Toyota Corolla milik ibu bapanya sehingga terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan lain di Jalan Arowana2, Taman Arowana Impian di sini semalam.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, kanak-kanak itu memandu kereta dengan ditemani jirannya yang juga kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Mohamad Hatta berkata, difahamkan kanak-kanak terbabit memandu kenderaan itu untuk ‘joyride’ atau bersiar-siar sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah van dan kereta Perodua Kancil.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Corolla dipandu kanak-kanak berusia 10 tahun itu dari arah Apartment Arowana Impian menuju Taman Arowana Impian telah terbabas di tempat kejadian.

“Kereta Toyota Corolla terbabas semasa melalui selekoh dan berlanggar dengan sebuah van jenis Toyota yang diparkir di bahu kiri jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Mohamad Hatta berkata, kemudian van tersebut telah menggelongsor ke hadapan dan terlanggar Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya.

“Bagaimanapun, akibat kemalangan itu pemandu dan penumpang kanak-kanak tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button