Lebih 1.3 juta kg tilapia hitam ditangkap di Thailand
Lebih 1.3 juta kg tilapia hitam ditangkap di Thailand
Bangkok: Lebih 1.3 juta kilogram (kg) ikan tilapia blackchin sudah ditangkap di Thailand, kata pihak berkuasa perikanannya pada Selasa ketika kerajaan berjuang untuk menghapuskan spesies invasif itu.
Ikan tilapia blackchin yang boleh menghasilkan sehingga 500 anak ikan pada satu-satu masa ditemukan di 19 wilayah Thailand.
Ia merosakkan ekosistem di sungai, paya dan terusan, dengan memakan larva ikan kecil, udang dan siput.
Selain kesan ekologi, kerajaan bimbang kesannya terhadap industri penternakan ikan di negara itu.
Nattacha Boonchaiinsawat, Naib Presiden Jawatankuasa Parlimen yang ditubuhkan untuk menangani pembiakan ikan itu berkata, pihak berkuasa perikanan menangkap 1.332 kg ikan tilapia hitam antara Februari dan 28 Ogos lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dua Kali Jho Low Terima Dana 1MDB Dari Shahrol
- SG4 Syarikat Ekonomi Atau Syarikat Politik
- Zahid tidak perlur cuti atau undur bukan ada isu,sekadar mainan persepsi PN sahaja.
“Kami bercakap dengan penduduk tempatan dan mendapati penyebaran tilapia semakin teruk, mereka menemukannya di dalam terusan kecil, yang tidak berlaku sebelum ini,” katanya kepada AFP.
Kerajaan Thailand menggalakkan penduduk tempatan menangkap ikan itu, malah menawarkan kepada orang ramai 15 baht (kira-kira RM1.90) bagi setiap sekilogram ikan berkenaan.
Lebih 1.3 juta kg tilapia hitam ditangkap di Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MAS Perlukan Penyelesaian Bukan Alasan
- YB Viral Mahu Buat Comeback
- KP UMNO mahu Tuan Ibrahim desak Muhyiddin bercuti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :