Maxis calon pilihan utama spektrum rangkaian 5G kedua

Maxis calon pilihan utama spektrum rangkaian 5G kedua

Maxis calon pilihan utama spektrum rangkaian 5G kedua
MAXIS Bhd

MAXIS Bhd dilihat menjadi calon pilihan utama untuk mendapat spektrum rangkaian 5G kedua, selepas penyerahan tender Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk rangkaian berkenaan berkemungkinan gagal.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jeffrey Tan berkata, TM berpotensi hilang kelayakan memandangkan perjanjian langganan saham (SSA) untuk Digital Nasional Bhd (DNB) terbatal.

“Fasa penilaian bagi rangkaian 5G kedua masih berjalan. Empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) menghantar tender mereka untuk spektrum 5G (TM, Maxis, CelcomDigi Bhd dan U Mobile). Keputusan tender ini dijangka diumumkan sebelum suku keempat tahun ini.



“Bagi kami, Maxis jelas menonjol sebagai pemohon pilihan utama untuk meraih spektrum rangkaian 5G kedua ini selepas ada kemungkinan TM gagal. Sungguhpun begitu, pihak pengurusan TM percaya ia masih memainkan peranan penting dalam ekosistem rangkaian 5G negara selaku pencari capaian 5G.

“Berdasarkan pandangan kami, ketiadaan TM dalam ekuiti DNB mahupun dalam rangkaian 5G kedua tidak mendatangkan kegusaran memandangkan peluangnya lebih cerah dalam menawarkan capaianĀ backhaul gentian 5G borong kepada syarikat pemilik rangkaian 5G,” katanya dalam satu nota penyelidikan, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Bantah Syarat Isytihar Harta Dalam MoU




SSA antara TM dan DNB ditamatkan selepas syarikat telekomunikasi itu gagal memenuhi syarat yang ditetapkan pada 21 Ogos, selepas perjanjian itu dilanjutkan dari 21 Jun lalu.

Kerajaan sebelum ini berkata bahawa MNO hanya boleh menyertai rangkaian 5G kedua, jika ia telah menjadi pemegang saham dalam DNB.

Sekiranya penyerahan tendernya berjaya, MNO kemudiannya akan melepaskan pegangannya dalam DNB untuk menubuhkan rangkaian saingan.

Sementara itu, Tan berkata, persaingan dalam jalur lebar gentian (FBB) terus rancak dengan pakej rangkaian yang lebih premium/sampingan giat ditawarkan oleh MNO.



“Penguasaan TM dalam langganan bersih FBB industri kelihatan merosot apabila tambahan langganan bersihnya semakin rendah iaitu kira-kira pada purata 10,000 langganan bagi suku tahun pada separuh pertama tahun ini berbanding 34,000 langganan setiap suku tahun pada tahun kewangan 2023,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keangkuhan Hadi Akan Menghancurkan PN


Mengulas mengenai prestasi kewangan suku kedua, RHB Investment Bank berkata, keputusan teras syarikat telekomunikasi adalah stabil berdasarkan langkah kawalan kos yang mantap, sinergi penggabungan CelcomDigi lebih baik dan persaingan yang sengit.



Maxis calon pilihan utama spektrum rangkaian 5G kedua

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button