Pestabola Merdeka: Datang ke stadium sebab tiket percuma

Pestabola Merdeka: Datang ke stadium sebab tiket percuma

Pestabola Merdeka: Datang ke stadium sebab tiket percuma
MASIH banyak tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil kosong selepas wujud gerakan boikot tiket perlawanan Pestabola Merdeka antara Harimau Malaya dan Filipina, malam ini. – FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Gerakan boikot yang dilancarkan penyokong bola sepak tempatan menjadi realiti apabila hanya 3,000 keping tiket dilaporkan mampu terjual untuk menyaksikan perlawanan Pestabola Merdeka antara Harimau Malaya dan Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Tinjauan yang dilakukan setakat jam 7 petang tadi, persekitaran stadium agak lengang malah jumlah peniaga agak kurang berbanding kebiasaan ketika ada perlawanan membabitkan Harimau Malaya.

Dua penyokong wanita, Mas Amirah Mohamad Azhar, 25, dan Nurul Amira Abdullah, 27, yang ditemui mengakui agak terkejut dengan persekitaran stadium yang disifatkan sesuatu yang luar jangka.



Pestabola Merdeka: Datang ke stadium sebab tiket percuma
DUA peminat Harimau Malaya, Mas Amirah Mohamad Azhar dan Nurul Amira Abdullah tetap hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk berikan sokongan kepada skuad negara pada saingan Pestabola Merdeka, malam ini. – MOHD FITRIE MUHAMAD

“Boikot adalah isu luar padang jadi sebagai penyokong, kita kena profesional dan terus memberi sokongan kepada pemain. Tetapi saya terkejut kerana tidak ramai penyokong yang hadir untuk perlawanan malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Bantah Syarat Isytihar Harta Dalam MoU


“Walaupun tidak ramai seperti kebiasaan tetapi kami harapkan sokongan penyokong yang hadir dapat memberikan motivasi kepada pemain yang berjuang di atas padang. Mungkin juga suasana ini akan berbeza pada perlawanan akhir nanti,” kata Mas Amirah.



Nurul Amira berharap keputusannya hadir ke stadium akan berakhir dengan kegembiraan dan kemenangan akan berpihak kepada Harimau Malaya.

“Saya harapkan skuad negara dapat menang pada malam ini. Saya jangkakan kita akan menang 2-0 ke atas Filipina,” katanya.

Sebelum ini wujud gerakan yang diatur daripada Pemain Ke-12 untuk memboikot perlawanan Pestabola Merdeka.

Keadaan itu dikatakan berlaku disebabkan Ekor Harimau Malaya’ terasa hati’ dengan industri bola sepak tempatan. – KOSMO! ONLINE



Pestabola Merdeka: Datang ke stadium sebab tiket percuma

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button