Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ternyata masih miliki taring

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ternyata masih miliki taring

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ternyata masih miliki taring
PEMAIN negara, Safawi Rasid (No. 11) meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti untuk menewaskan Filipina 2-1 pada aksi Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. – AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente lulus ujian pertamanya selepas memastikan kemenangan 2-1 ke atas Filipina pada aksi Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Walaupun terpaksa berdepan gerakan boikot daripada penyokong tempatan, Harimau Malaya yang turut berdepan kesukaran untuk berdepan aksi fizikal Filipina membuktikan mereka lebih berhak untuk memastikan slot final bertemu Lubnan, Ahad ini.

Bagaimanapun, aksi 90 minit menyerlahkan masih banyak kerja rumah perlu dilakukan oleh Vicente selepas skuad negara dilihat seakan hilang identiti berbanding apa yang pernah dipamerkan ketika dibawah kendalian Kim Pan-gon sebelum ini.



Kesilapan Matthew Davies seawal minit pertama mengundang cemas buat kem negara namun Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bertindak cemerlang untuk melakukan halangan.

Seterusnya, Filipina tampil dengan corak agresif hingga menyaksikan pemain negara bergelut untuk cuba menembusi pertahanan lawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Bantah Syarat Isytihar Harta Dalam MoU


Minit ke-27, gawang negara akhirnya bocor selepas Muhamad Feroz Baharudin tertampan bola ke gawang sendiri ketika usahanya untuk menghalang rembatan Jefferson David Tabinas dari sebelah kanan.



Bagaimanapun Muhamad Feroz segera menebus kekecewaan itu apabila melakukan umpanan buat Syamer Kutty Abba yang meledak gol penyamaan.

Walaupun keyakinan pemain di babak kedua bertambah baik, skuad negara terus berdepan kesukaran memaksa pengendali negara memasukkan Endrick Dos Santos dan Safawi Rasid bagi mempertajamkan lagi jentera serangan.

Kesilapan Matthew Anthony Baldisimo yang menjatuhkan Arif Aiman pada minit ke-71 menghadiahkan penalti buat Malaysia dan kesempatan itu tenang disempurnakan oleh Safawi untuk menjadikkan kedudukan 2-1.

Jaringan itu menjadikan Harimau Malaya bertambah garang namun tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan.



Pada aksi sebelah petang, Lubnan cipta kejutan untuk mara ke final selepas mengatasi juara bertahan, Tajikistan 1-0. – KOSMO! ONLINE

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ternyata masih miliki taring

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button