RCI Batu Puteh: 28 Oktober keputusan semakan kehakiman Tun M

Oleh – Syeikh Baran


RCI Batu Puteh: 28 Oktober keputusan semakan kehakiman Tun M
An aerial view show an outcrop which Singapore calls Pedra Branca and Malaysia names Pulau Batu Puteh, located 7.7 nautical miles off Malaysia’s state of Johor and 25 nautical miles from Singapore, in this January 6, 2003 file photo. Singapore owns the rocky outcrop near a key shipping lane, the U.N.’s highest court ruled on May 23, 2008, settling a protracted territorial dispute between the southeast Asian state and its neighbour Malaysia.
REUTERS/Jonathan Drake/Files (SINGAPORE)
MILIK SINGAPURA… Pemandangan dari udara, Pulau Batu Putih yang kedaulatannya diserahkan oleh ICJ kepada Singapura semalam. Pulau itu yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca terletak 7.7 batu nautika dari Johor dan 25 batu nautika dari Singapura.
NOTA:
TERBITAN
UTUSAN
24 MEI 2008
MUKA 1
INILAH Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian
antara Malaysia dan Singapura sejak sekian lama.
NOTA
TERBITAN
KOSMO
4 FEBRUARI 2017
SABTU
MUKA 1
Archived By RM
GAMBAR fail bertarikh 6 Januari 2003
menunjukkan Pulau Batu Puteh atau
Pedra Branca.
NOTA
TERBITAN
KOSMO
7 APRIL 2018
SABTU
MUKA 48
archived by NHJ
PULAU Batu Puteh yang menjadi rebutan Singapura dan Malaysia. – REUTERS
NOTA
TERBITAN
UTUSAN MALAYSIA
1 JUN 2018
JUMAAT
MUKA 13
Archived By SUE
PULAU Batu Putih kini dimiliki Singapura. – GAMBAR HIASAN
NOTA
TERBITAN
UTUSAN MALAYSIA
7 JUN 2018
KHAMIS
MUKA 10
Archived By SUE

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 28 Oktober ini bagi keputusan semakan kehakiman yang dikemukakan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Hakim, Datuk Amarjeet Singh menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan bagi pihak Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima Ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selaku responden.



Sementara bekas Perdana Menteri itu selaku pemohon diwakili peguam, Zainur Zakaria.

Terdahulu semasa prosiding hari ini, mahkamah diberitahu, rujukan RCI untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, tidak menunding jari kepada Dr.Mahathir.

Shamsul yang mengemukakan hujahan bagi pihak Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima Ahli RCI, berkata terma rujukan suruhanjaya siasatan itu tidak menamakan Dr. Mahathir sebagai subjek dalam siasatan.

“Termanya hanya untuk menyiasat dan bukannya menunding jari kepada Tun Dr Mahathir,” katanya.

Sementara itu, Shamsul turut berhujah bahawa permohonan semakan kehakiman itu kini bersifat akademik kerana siasatan sudah selesai dan laporan sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bulan lalu.



Dapatan RCI itu dijadualkan akan dibentang dan dibahaskan di parlimen pada Oktober ini.

Dr. Mahathir selaku pemohon, memohon satu perisytiharan bahawa beliau adalah individu yang menjadi perkara dalam siasatan RCI, atau terbabit dengan perkara yang sedang disiasat oleh suruhanjaya berkenaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Dalam afidavit sokongannya, Dr. Mahathir berkata, beliau dinasihatkan oleh peguamnya, bahawa perintah atau keputusan RCI adalah ultra vires (bertentangan) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, kerana selaku individu yang menjadi subjek dalam siasatan, dia berhak diwakili peguam pilihan.

Dalam pada itu, Zainur yang mewakili Dr Mahathir berhujah, semakan kehakiman itu belum bersifat akademik kerana Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, adalah satu peruntukan keperluan berkanun dan sebarang ketidakpatuhan boleh menyebabkan keseluruhan prosiding RCI terbatal.



Seksyen sama turut memperuntukkan bahawa individu yang kelakuannya tertakluk kepada siasatan, berhak diwakili peguam sepanjang keseluruhan prosiding.

Zainur berkata, Dr. Mahathir adalah subjek dalam RCI, tetapi beliau tidak dibenarkan diwakili peguam melalui prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button