2 pegawai penguat kuasa minta sogokan RM10,000 direman

Oleh – Syeikh Baran


2 pegawai penguat kuasa minta sogokan RM10,000 direman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan dua pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah RM10,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga asing.



Perintah reman selama lima hari sehingga 10 September terhadap dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dikeluarkan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuching, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai meminta wang RM10,000 daripada pemilik syarikat sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga asing di syarikat berkenaan disyaki tidak mempunyai permit bekerja sah.

Kedua-dua suspek ditahan pada pukul 7 hingga 8.30 malam semalam di sebuah restoran makanan segera di Sri Aman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button