Apa Pilihan PN, Tandatangan MoU Atau Tidak Isytihar Harta

Apa Pilihan PN, Tandatangan MoU Atau Tidak Isytihar Harta

Apa Pilihan PN, Tandatangan MoU Atau Tidak Isytihar Harta

 

Hingga ke hari ini, Perikatan Nasional dilihat masih berdolak dalih untuk bersetuju dengan syarat MoU yang ditawarkan.

Alasan mereka adalah kerana ada 7 syarat pelik sebagai pra syarat persetujuan.



Benarkah 7 syarat yang diberikan itu pelik atau Perikatan Nasional yang buat-buat pelik kerana takut rahsia terbongkar.

Sebelum ini ahli parlimen pembangkang bising sebab tidak terima peruntukan daripada Kerajaan Perpaduan.

Terkini, pra syarat MOU peruntukan tersebut telah pun diterima mereka.

Tetapi mereka kononnya pelik dengan syarat yang terkandung dalam MoU tersebut.



Takiyuddin Hassan beritahu pihaknya telah menerima draf MoU itu.

Tetapi belum membincangkannya lagi secara mendalam.

Dapat kita lihat dari raut wajahnya berada dalam ketakutan yang amat sangat hingga wujudkan alasan yang tidak munasabah dan melucukan.

Katanya draf yang diterima itu mengandungi tujuh syarat yang mesti dipenuhi sebelum perjanjian hendak dipersetujui.



Antara syarat yang ditekankan oleh pihak kerajaan kepada pembangkang ialah pengisytiharan harta.

Jelas menunjukkan Perikatan Nasional tidak selesa dengan syarat yang disediakan kerajaan dalam MoU tersebut.

Mereka kata ianya pelik.

Adakah mengisytihar harta boleh dikategorikan dalam perbuatan pelik?



Bukankah sebelum ini mereka yang bersungguh mahu menteri dalam kabinet supaya isyitihar harta?

Jadi, apa yang peliknya?

Masih ingat apa yang Hadi Awang kata pada tahun 2012?

“Dengan isytihar harta dapat halang ahli PAS berperangai seperti UMNO.”



Isu 3R

Begitu juga dengan syarat 3R yang diletakkan dalam MoU itu.

Kenapa mereka rasa pelik?

Ianya kerana Perikatan Nasional sering memainkan isu perkauman dan bangsa dalam siri kempen mereka.

Hampir setiap hari mereka fitnah memfitnah dengan menggunakan agama.



Malah, pemimpin tertinggi mereka pun turut sama mainkan isu 3R sehingga mengguris hati Raja.

Jadi, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap pelik sekiranya syarat 3R turut termasuk dalam MoU.

Apa kepentingan Perikatan Nasional dalam mainkan isu sedemikian?

Jika tidak boleh memainkan isu 3R apa lagi modal kempen mereka untuk menghasut rakyat.

Hendak cerita pasal ekonomi tidak pandai dan bawah pentadbiran mereka, ekonomi negara hancur.

Kerana kuasa sanggup mereka memainkan isu perkauman.

Sedangkan untuk pulihkan negara ini, rakyat Malaysia kena bersatu hati tanpa mengira kaum.

Sungguh tidak bertanggungjawab dan patriotik kepada negara.

Persoalannya kini, apa pilihan yang Perikatan Nasional ada?

Jika masih mahu teruskan kepelikan, lupakan saja soal untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan.

 

Apa Pilihan PN, Tandatangan MoU Atau Tidak Isytihar Harta

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button