Asrama sekolah terbakar, 17 murid maut

Asrama sekolah terbakar, 17 murid maut

Asrama sekolah terbakar, 17 murid maut

Nairobi: Sekurang-kurangnya 17 murid meninggal dunia selepas kebakaran memusnahkan asrama sekolah mereka pada waktu malam di tengah Kenya, kata pihak polis pada Jumaat.

Kebakaran di Akademi Hillside Endarasha di daerah Nyeri itu berlaku sekitar tengah malam, menurut polis, menghanguskan asrama tempat kanak-kanak itu tidur.



“Terdapat 17 kematian dalam insiden ini dan terdapat juga yang dibawa ke hospital dengan kecederaan serius,” kata jurucakap polis kebangsaan Resila Onyango.

Polis tidak mengeluarkan maklumat mengenai umur mangsa.

“Mayat yang ditemui di tempat kejadian terbakar sehingga sukar dikenali,” katanya.

Beberapa yang lain cedera, kata Onyango, 16 daripada mereka mengalami kecederaan serius dan dibawa dibawa ke hospital berhampiran.



“Lebih banyak mayat mungkin akan ditemui setelah tempat kejadian diproses sepenuhnya,” katanya.

Punca kebakaran masih belum diketahui, katanya, tetapi siasatan sudah dilancarkan.

Asrama sekolah terbakar, 17 murid maut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button