Atlet lompat galah rekod 10.34s acara 100m

Atlet lompat galah rekod 10.34s acara 100m

Atlet lompat galah rekod 10.34s acara 100m
DUPLANTIS (kanan) membuktikan kehebatannya berlari acara 100m apabila menewaskan Warholm di Stadium Letzigrund awal pagi semalam. – AFP

ZURICH – Juara lompat bergalah Sukan Olimpik Paris 2024, Armand Duplantis mencuri tumpuan apabila menewaskan pelari 400 meter (m) berpagar, Karsten Warholm dalam perlumbaan pertunjukan 100m sempena Kejohanan Liga Berlian Zurich awal pagi semalam.

Bintang Sweden itu berjaya memimpin perlumbaan sejak keluar daripada blok permulaan dan mencatat masa 10.37 saat (s) sekali gus menewaskan Warholm yang menamatkan lariannya dengan catatan 10.47s pada aksi di Stadium Letzigrund.

Keterujaan Duplantis jelas terpancar apabila dia sempat memberikan pandangan sinis kepada Warholm sewaktu melintasi garisan penamat sebagai tanda persaingan sengit dan lebih bermakna apabila mereka berdua berjaya mencatat rekod peribadi bagi acara 100m itu.



“Saya sangat bersemangat. Bagaimana saya tidak boleh begitu? Maksud saya, ayuh, henti bermain-main dengan saya,” seloroh Duplantis yang juga pemegang rekod lompat bergalah dunia ketika ditemu bual selepas tamat perlumbaan itu.

Sebagai tanda persahabatan dan penghormatan, Duplantis menghadiahkan jersi Sweden kepada Warholm untuk dipakainya apabila turun berentap dalam acara 400m berpagar Liga Berlian Zurich hujung minggu ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin




Sementara itu, Warholm yang juga pemegang rekod dunia dan Olimpik acara 400m berpagar menerima kekalahan tersebut dengan penuh hormat.

“Saya terpaksa akui kepada Duplantis bahawa dia mengalahkan saya secara adil dan saksama, jadi ia perlumbaan yang hebat. Dia keluar dari blok dengan sangat pantas. Dia benar-benar pantas,” kata Warholm.

Terdahulu, Duplantis mempertahankan gelaran Olimpiknya di Paris dengan mencipta rekod dunia baharu sebelum memperbaharuinya dengan catatan 6.26m pada Liga Berlian di Silesia, Poland bulan lalu. – AGENSI

Atlet lompat galah rekod 10.34s acara 100m




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button