Australia keluarkan amaran peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian

Australia keluarkan amaran peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian

Australia keluarkan amaran peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
GAMBAR HIASAN

Polis turut memaklumkan bahawa dalam beberapa kes, pelaku adalah sebaya dengan mangsa.

Komander Eksploitasi Manusia Polis Persekutuan Australia, Helen Schneider berkata bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Australian Centre to Counter Child Exploitation (ACCCE), kebanyakan pelaku dalam kumpulan ekstrem ini bermotivasi untuk mendapatkan status atau pengaruh dalam kumpulan berkenaan, bukan bertujuan mengaut keuntungan.

“Pelaku ini tidak didorong oleh keuntungan. Mereka mengeksploitasi mangsa untuk menghasilkan kandungan yang menjijikkan demi kepuasan peribadi.



“Malangnya, sesetengah mangsa dalam kumpulan ini tidak menganggap diri mereka sebagai mangsa. Mereka tidak menyedari bahawa mereka dipaksa melakukan tindakan yang tidak sesuai, dan tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis mengeluarkan amaran ini bersempena Minggu Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCPW), yang bertujuan untuk mendidik rakyat Australia mengenai isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Australia keluarkan amaran peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button