Bintang No. 1 dunia kempunan ke final

Bintang No. 1 dunia kempunan ke final

Bintang No. 1 dunia kempunan ke final
SWIATEK kempunan untuk beraksi di pentas separuh akhir apabila tewas di suku akhir hari ini. – AFP

NEW YORK – Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Jessica Pegula mencipta sensasi pada Terbuka AS apabila menumbangkan bintang No. 1 dunia, Iga Swiatek di suku akhir hari ini sekali gus menandakan kejayaan pertamanya untuk mara ke separuh akhir Grand Slam.

Dalam pertembungan penuh mendebarkan berlangsung di Stadium Arthur Ashe, Pegula yang tujuh kali gagal ke separuh akhir, berjaya menundukkan juara edisi 2022 itu yang merupakan pemegang lima gelaran Grand Slam dengan keputusan 6-2, 6-4.

“Saya telah berada di peringkat ini berkali-kali, tetapi selalu terkandas di tangan pemain hebat. Kali ini, saya akhirnya dapat berkata saya seorang pemain separuh akhir Grand Slam.



“Melakukannya menentang pemain nombor satu dunia adalah satu pencapaian luar biasa. Saya tahu saya mampu dan saya berjaya mengambil kesempatan daripada beberapa kelemahan yang ditunjukkannya pada awal perlawanan,” kata Pegula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin


Swiatek yang biasanya sinonim dengan pukulan forehand yang tajam, mengalami kesukaran dalam set pertama perlawanan apabila 22 daripada 41 kesalahan dilakukannya berpunca daripada pukulan tidak menjadi



Pegula pula tampil dengan permainan mantap sejak dari awal apabila sering kali berjaya mematahkan servis Swiatek sepanjang aksi tersebut.

Dalam perkembangan lain, Muchova selaku naib juara Terbuka Perancis 2023, mara ke separuh akhir Terbuka AS buat kali kedua berturut-turut selepas menundukkan pilihan ke-22, Beatriz Haddad Maia dengan kemenangan 6-1, 6-4. – AGENSI

Bintang No. 1 dunia kempunan ke final

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button