Jiwa fighter, Syamer tak puas prestasi sendiri

Jiwa fighter, Syamer tak puas prestasi sendiri

Jiwa fighter, Syamer tak puas prestasi sendiri
SYAMER (dua dari kanan) antara pemain yang beraksi cemerlang buat Harimau Malaya menentang Filipina kelmarin. – AMIR KHALID

PENJARING gol pertama negara, Syamer Kutty Abba sekali lagi menyerlahkan kualiti dirinya yang memiliki mentaliti juara kerana masih tidak berpuas hati dengan prestasi sendiri pada aksi Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kelmarin.

Bintang pinjaman Penang FC daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memainkan peranan selaku jeneral di tengah padang dengan mencipta gol pencetus semangat buat Harimau Malaya bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Filipina.

Bagaimanapun, Syamer percaya dia mampu tampil dengan lebih baik seperti yang pernah dipamerkannya sebelum ini menjelang aksi final menentang Lubnan pada Ahad nanti.



Pemain berusia 26 tahun itu juga gembira kerana pengendali pasukan, Pau Marti Vicente terus mempercayai kualitinya walaupun sebelum ini dia sering dihimpit masalah kecederaan.

“Syukur apabila diangkat pemain terbaik tetapi semua orang sudah bekerja keras dalam latihan. Saya sudah lalui banyak waktu sukar tetapi saya kembali dan jurulatih juga beri peluang untuk bermain serta buktikan apa yang saya mampu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin




Syamer menganggap pengiktirafan sebagai pemain terbaik perlawanan itu sebagai suntikan buatnya untuk jadi lebih baik khususnya pada perlawanan akhir nanti

“Saya perlu berkorban lebih, saya sentiasa fikir masih ada ruang baiki kelemahan diri. Saya akan lihat semula aksi saya dan berharap mampu untuk lakukan lebih baik pada aksi seterusnya.

“Semua orang bekerja keras dalam latihan. Kami sebenarnya yakin bagaimana untuk beraksi, walaupun belum lagi sempurna tetapi kami yakin untuk bermain,” katanya.

Jiwa fighter, Syamer tak puas prestasi sendiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button