Kartel tuntutan Perkeso: Barang mewah bernilai RM1 juta disita

Oleh – Syeikh Baran


Kartel tuntutan Perkeso: Barang mewah bernilai RM1 juta disita

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menyita pelbagai barangan mewah dengan nilai keseluruhannya RM1 juta susulan penahanan 36 individu berhubung kes pemalsuan tuntutan Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).



Sumber berkata, barangan sitaan itu terdiri daripada wang tunai, barang kemas, beg berjenama, nombor plat dan kenderaan mewah.

Menurutnya, turut disita adalah jam tangan berjenama, motosikal dan telefon bimbit daripada individu-individu terbabit.

“Suspek terdiri dua doktor dan seorang pemilik syarikat iaitu ejen merupakan antara suspek baharu yang ditangkap dan telah direman bermula hari ini sehingga 8 September ini.

“Kedua-dua doktor kanan ini dipercayai telah bersubahat dengan ejen bagi mengemukakan dokumen berkaitan tuntutan HUK kepada Perkeso yang dipercayai mengandungi butir matan palsu.



“Siasatan awal turut mendapati nilai wang rasuah yang terlibat dalam kegiatan ini berjumlah kira-kira RM2 juta,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Mohd. Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button