Lelaki maut terjatuh dari pokok petai

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki maut terjatuh dari pokok petai
KUALA LUMPUR, 3 JUN – Sesi temubual bersama Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nazri Hussain di sini, hari ini. Foto – FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/ PEMBERITA – Zehan

Seorang lelaki maut setelah terjatuh dari pokok petai dengan ketinggian 10 meter di Kampung Changkat Perah, Selama dekat sini kira-kira pukul 11 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, mangsa, Hafiz Mohd. Isa, 54, sememangnya melakukan kerja-kerja kampung.



“Difahamkan mangsa melakukan kerja mengambil upah memanjat sejak dari umurnya 20 tahun termasuk kerja mengutip durian, memanjat pokok jering, petai dan lain-lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sarudin, mayat mangsa dijumpai oleh rakannya di kebun durian di Kampung Changkat Perah sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa dibawa ke bahagian forensik Hospital Selama dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Semambu selepas solat isyak malam ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button