Lelaki terjerat cinta tukang urut rugi RM257,000
Lelaki terjerat cinta tukang urut rugi RM257,000
BANGKOK – Seorang pemilik kedai telefon di Bangkok membuat laporan polis selepas diperdaya seorang tukang urut yang mencuri wang tunai hampir 2 juta baht (RM256,952) daripadanya menggunakan aplikasi perbankan online, lapor laman berita Thaiger semalam.
Mangsa bernama Wittawat, 47, berkata, dia berkenalan dengan suspek yang dikenali sebagai Ray, selepas mendapatkan khidmat urutan di sebuah kedai di Bangkok pada bulan lepas.
Ketika mahu membuat pembayaran secara online, Ray meminta Wittawat menghantarnya pulang ke rumah sebelum menyuruh lelaki itu membuat pindahan wang ketika berada di dalam kereta.
Menurut Wittawat, sejak itu, mereka semakin rapat dan Ray sering menghantar pesanan ringkas kepadanya dan datang ke kedainya.
Apabila mereka bertemu, Ray berpura-pura cemburu dan meminta untuk memeriksa telefon bimbit Wittawat atas alasan mahu memastikan dia tidak berlaku curang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MAS Perlukan Penyelesaian Bukan Alasan
- YB Viral Mahu Buat Comeback
- KP UMNO mahu Tuan Ibrahim desak Muhyiddin bercuti
Wittawat berkata, dia menyedari bahawa suspek berkemungkinan menggunakan taktik tersebut untuk memindahkan wang daripada akaun lelaki itu menggunakan aplikasi perbankan online.
Wittawat menyangkakan Ray benar-benar ikhlas menjalin hubungan dengannya bahkan, dia meminjamkan wang sebanyak 200,000 baht (RM25,695) kepada suspek meskipun mereka baru berkenalan dua minggu.
Kegiatan Ray akhirnya terbongkar apabila Wittawat menemui resit pindahan wang pada telefon bimbitnya yang dilakukan oleh wanita itu.
Selepas memeriksa, Wittawat terkejut apabila mendapati bahawa suspek telah memindahkan wang kepada akaun peribadinya sebanyak 39 kali dengan jumlah keseluruhan 1.8 juta baht (RM231,256).
Enggan perkara serupa berlaku kepada orang lain, Wittawat mendedahkan kegiatan Ray dalam sidang akhbar dan membuat laporan polis. – AGENSI
Lelaki terjerat cinta tukang urut rugi RM257,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan PN, Tandatangan MoU Atau Tidak Isytihar Harta
- Skandal 1BestariNet Di Siasat, Muhyiddin Ok Kah
- 1Bestarinet – Tambah kecilakaan kepada Muhyiddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :