Pemandu van pandu melulu di MRR2 diburu

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu van pandu melulu di MRR2 diburu

Polis sedang mengesan pemandu van yang memandu laju dan melulu sehingga mengakibatkan kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di susur Plaza Tol Gombak, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini.



Kejadian pada 30 Ogos itu dikesan polis selepas rakaman papan pemuka berhubung insiden tersebut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan terbabit berlaku kira-kira 11.50 pagi.

“Mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 21 tahun menunggang motosikal menghala ke Sri Gombak.

“Tiba-tiba, sebuah van memotong dan melanggar motosikal di bahagian hadapan menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Noor Ariffin berkata, akibat daripada kemalangan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan, kaki, bahu, dagu dan tangan.

Bagaimanapun, katanya, usaha mengesan pemandu van berkenaan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Suharman Che Muda di talian 0196751727.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button