Pengerusi komuniti kampung direman, rasuah cop dokumen

Oleh – Syeikh Baran


Pengerusi komuniti kampung direman, rasuah cop dokumen

Pengerusi sebuah institusi komuniti kampung antara dua individu direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,000 sebagai balasan pengesahan dokumen bagi kerja-kerja menaik taraf jalan di Perlis.



Perintah reman selama tiga hari sehingga 7 September terhadap dua suspek berusia 40-an dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Hamdi Mustafa selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi.

Sumber berkata, suspek pertama iaitu pengerusi sebuah institusi komuniti kampung ditahan pukul 4 petang semalam di Kangar, manakala suspek kedua ditangkap pukul 8 malam semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis.

“Siasatan awal mendapati, suspek pertama meminta RM1,000 sebagai balasan cop dan tandatangannya pada dokumen kerja-kerja menaik taraf jalan di sebuah kampung.

“Bagaimanapun, pengadu hanya menyerahkan RM500 dan wang tersebut dipercayai dibahagi dengan suspek kedua,” katanya hari ini.



Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Ab. Gani berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button