Porsche Taycan remuk langgar Honda HR-V

Oleh – Syeikh Baran


Porsche Taycan remuk langgar Honda HR-V

Satu klip video tular di Kebayoran Baru, Jakarta Selatan memaparkan sebuah kereta mewah jenama Porsche Taycan yang remuk selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan lain, lapor saluran berita Merdeka semalam. 



Menerusi rakaman video di platform Instagram oleh akaun @indocarstuff, nahas itu menyebabkan kerosakan besar pada bahagian sisi Porsche tersebut. 

Bahkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V yang merempuh kereta mewah itu juga remuk pada bahagian hadapannya. 

“Sebuah kereta Porsche Taycan terlibat dalam kemalangan berhampiran Hotel Dharmawangsa pada 1 September lalu. Kereta berwarna merah itu berlanggar dengan Honda HR-V warna hitam,” demikian menurut keterangan video.  

Kereta mewah itu dipercayai bergerak laju menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak Honda HR-V yang datang dari arah lain. 



Rakaman itu mencatatkan lebih 391,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Kereta paling tak guna di Indonesia adalah Porsche,” sindir seorang netizen. 

“Insuran: anda (HRV) melanggar apa?” sindir netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button