Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Pesawaran, wilayah Lampung resah apabila beribu-ribu bangkai ikan ditemui terdampar di pantai dalam fenomena yang dikaitkan dengan gempa bumi mega digelar megathrust, lapor laman berita Detik semalam.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, ribuan bangkai ikan kecil dilihat berselerakan di tepi pantai hingga ke permukaan laut.
“Adakah ini petanda megathrust?” kata seorang netizen.
Seorang pengguna media sosial lain pula berkata: “Semoga tiada kejadian buruk selepas ini.”
Susulan video tular tersebut, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) berkata, kejadian itu tidak berkaitan dengan megathrust sebaliknya, berpunca daripada pencemaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MAS Perlukan Penyelesaian Bukan Alasan
- YB Viral Mahu Buat Comeback
- KP UMNO mahu Tuan Ibrahim desak Muhyiddin bercuti
“Kalau dilhat kepada kuantiti ikan mati yang begitu banyak seperti itu, berkemungkinan berlakunya pencemaran.
“Boleh jadi pencemaran di tempat lain sebelum dibawa arus atau ombak sehingga sampai ke pantai Pesawaran.
“Justeru, ia bukan kesan daripada megathrust atau fenomena lain,” kata pakar BMKG Maritim Lampung, Neneng Kusrini. – AGENSI
Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan PN, Tandatangan MoU Atau Tidak Isytihar Harta
- Skandal 1BestariNet Di Siasat, Muhyiddin Ok Kah
- 1Bestarinet – Tambah kecilakaan kepada Muhyiddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :