Skandal 1BestariNet Di Siasat, Muhyiddin Ok Kah

Skandal 1BestariNet Di Siasat, Muhyiddin Ok Kah

Skandal 1BestariNet Di Siasat, Muhyiddin Ok Kah

 

SPRM telah membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd di Kuala Lumpur semalam.

Ia berkaitan siasatan terhadap tuntutan bayaran perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bernilai RM4 bilion.



YTL Communications Sdn Bhd (YTL) telah dianugerahkan tender 1BestariNet oleh KPM pada 2011.

Untuk rekod, Menteri Pendidikan pada tahun 2011 ialah Muhyiddin Yasin.

Beliau memegang jawatan tersebut dari tahun 2009 hingga 2015.

Hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita.



SPRM sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Siasatan menjurus kepada mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion.

Fokus siasatan SPRM juga menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, ketika telah mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



SPRM memohon semua pihak agar memberi ruang dan masa kepada SPRM bagi melaksanakan siasatan tanpa sebarang gangguan.

YTL Mengesahkan Siasatan SPRM

Dalam perkembangan yang sama, YTL Power International Bhd yang merupakan syarikat induk YTL Communications telah mengesahkan siasatan tersebut.

Menurut kenyataan media YTL Power, pihaknya ada menerima permohonan mendapatkan maklumat berhubung projek 1Bestarinet daripada SPRM.

“Permohonan SPRM itu dikemukakan kepada anak syarikatnya, YTL Comms, baru-baru ini.”



“YTL Comms sentiasa bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan kes itu, selain percaya ia akan diselesaikan sewajarnya.”

“Kami merujuk pelbagai laporan berita dalam talian hari ini mengenai siasatan dijalankan SPRM ke atas YTL Comms berkaitan projek 1BestariNet,” menurut kenyataan media YTL Power.

Isu berkaitan 1BestariNet mula mendapat perhatian apabila sekolah melaporkan masalah kelajuan dan sambungan internet yang dibekalkan pada tahun 2013.

Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi, tetapi antara nama yang dikaitkan dengan skandal tersebut adalah Muhyiddin Yasin.



Namun sebagaimana yang dikatakan SPRM, kita mesti memberikan ruang dan peluang yang secukupnya kepda SPRM untuk membuat siasatan.

 

Skandal 1BestariNet Di Siasat, Muhyiddin Ok Kah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button