Wanita kunci budak menangis dalam tandas pesawat
Wanita kunci budak menangis dalam tandas pesawat
Beijing: Dua wanita di China mencetuskan perdebatan di media sosial selepas dilaporkan mengunci kanak-kanak yang bising di dalam tandas pesawat bagi mendisplinkan si cilik itu.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pada 24 Ogos, seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun dalam perjalanan dengan datuk dan neneknya, di dalam penerbangan dari Guizhou di barat daya China ke Shanghai.
Kanak-kanak itu bagaimanapun menangis ketika penerbangan, menurut Shangyou News.
Seorang wanita yang duduk berhampiran kanak-kanak itu menerusi hantaran di media sosial menceritakan ramai penumpang meletakkan tisu di telinga mereka. Ada juga penumpang yang berpindah ke bahagian belakang pesawat.
Wanita berkenaan didakwa cuba menenangkan anak kecil itu dengan menayangkan video hiburannya, tetapi usaha itu gagal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MAS Perlukan Penyelesaian Bukan Alasan
- YB Viral Mahu Buat Comeback
- KP UMNO mahu Tuan Ibrahim desak Muhyiddin bercuti
Kemudian, wanita itu dan seorang lagi penumpang wanita membawa kanak-kanak berkenan ke dalam tandas pesawat sebelum mengunci pintu.
Dua wanita itu tidak mengenali antara satu sama lain.
Dalam video yang dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka, kedua-dua wanita itu boleh dilihat mengugut kanak-kanak berkenaan dengan memberitahunya bahawa jika dia terus menangis, mereka tidak akan membawanya kembali kepada neneknya.
Kanak-kanak itu mengetuk pintu tandas, mula-mula menangis dan kemudian berulang kali berkata okey. Wanita itu kemudian membawa semula kanak-kanak itu ke tempat duduknya.
Wanita kunci budak menangis dalam tandas pesawat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan PN, Tandatangan MoU Atau Tidak Isytihar Harta
- Skandal 1BestariNet Di Siasat, Muhyiddin Ok Kah
- 1Bestarinet – Tambah kecilakaan kepada Muhyiddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :