Bayi lapan bulan dipercayai maut di taska
Oleh – Syeikh Baran
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kelemak, di sini, petang tadi.
Difahamkan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati pasukan forensik tiba di taska terbabit pada pukul 7.05 petang tadi bagi melakukan pemeriksaan lanjut berhubung kejadian.
Berita lanjut menyusul…
Sumber – KOSMO! ONLINE