Masa paling tepat bukti kemampuan
Masa paling tepat bukti kemampuan
LONDON – Tonggak baharu England, Morgan Gibbs-White berharap pasukan dapat membantu pemangku jurulatih, Lee Carsley mencapai kejayaan pada perlawanan debut menentang Ireland dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Aviva awal pagi esok.
Sebagai rekod, Carsley telah dipilih oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) untuk mengisi kekosongan ketua jurulatih buat sementara waktu selepas Gareth Southgate meletakkan jawatan sejurus kempen Euro 2024 berakhir pada Julai lepas.
Gibbs-White berkata, sekarang adalah masa yang sesuai untuk Carsley membuktikan keupayaan sebenar agar dapat diserapkan menjadi pengendali tetap kerana beliau memiliki falsafah bola sepak yang hebat.
“Saya telah bersama dengan Carsley ketika mewakili skuad B-21 (bawah 21 tahun) England dan beliau adalah seorang jurulatih yang berkualiti. Secara jujur, saya sangat gembira apabila FA memberi peluang buatnya untuk mengendalikan pasukan ketika ini.
“Justeru, saya harap kami dapat membantu Carsley mencapai kejayaan pada dua perlawanan penting yang bakal diharungi nanti agar beliau diberikan peluang menjadi pengendali tetap pasukan pada masa akan datang,” kata bintang Nottingham Forest itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selain Gibbs-White, Carsley turut memanggil tiga lagi pemain B-21 The Three Lions seperti Angel Gomes, Tino Livramento dan Noni Madueke pada kem latihan pusat kali ini.
Pandangan sama turut disuarakan oleh Madueke yang melihat pengendali berusia 50 tahun itu mempunyai kelebihan berbanding jurulatih lain kerana sudah lama bekerja dengan FA seperti Southgate.
“Carsley tahu falsafah dan taktikal yang sesuai dengan bola sepak England. Malah, dia juga memiliki kredibiliti setanding jurulatih lain,” katanya. – AGENSI
Masa paling tepat bukti kemampuan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu
- Apa Pilihan PN, Tandatangan MoU Atau Tidak Isytihar Harta
- Skandal 1BestariNet Di Siasat, Muhyiddin Ok Kah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tiada sebab kukuh untuk pengundi DUN Mahkota bertukar parti.