Seorang lagi penjenayah Afrika ditembak mati di Serdang

Oleh – Syeikh Baran


Seorang lagi penjenayah Afrika ditembak mati di Serdang

Seorang lelaki warga Afrika ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis dalam kejadian di sebuah kediaman, Bandar Puchong Jaya, di sini, malam tadi.



Suspek juga dipercayai ahli kumpulan penjenayah warga Afrika yang ditembak mati dalam kejadian di Bandar Sunway, Subang Jaya, 20 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian pada pukul 10.50 malam itu berlaku ketika usaha menahan suspek di kediamannya.

“Sepasukan pegawai dan anggota JSJ yang menerima maklumat berdasarkan risikan telah datang ke lokasi unit kediaman di tingkat sembilan berhampiran Menara KLH ini untuk memberkas suspek.

“Suspek telah menyerang anggota polis dengan melepaskan dua das tembakan sehingga memaksa polis melepaskan tembakan balas,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini, awal pagi tadi.



Kata beliau, pemeriksaan lanjutPa turut menemui dua bilah parang, beberapa nombor pendaftaran palsu, sebuah beg mengandungi wang palsu.

Tambah Mohd Shuhaily, secara keseluruhan dua ahli kumpulan penjenayah itu sudah ditembak mati manakala tiga lagi lelaki ditahan.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily memaklumkan maklumat mengenai suspek diperoleh selepas menerima laporan kejadian samun membabitkan seorang lelaki warga Jepun diperdaya urusniaga palsu yang diaturkan kumpulan suspek, 25 Ogos lalu.

“Kejadian tersebut berlaku di Mid Valley, Kuala Lumpur yang mana mangsa mengalami kerugian sebanyak ASD 30,000 (bersamaan RM130,000),” katanya.



Kata beliau, identiti suspek sedang dikenalpasti ekoran menemui kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) disyaki palsu milik suspek.

Pada 20 Ogos lalu, polis menembak mati seorang lelaki warga Afrika dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak 2018 dengan mencatatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta.

Modus operandi kumpulan tersebut memperdaya mangsa menerusi urusniaga palsu antaranya menjual emas atau menukarkan matawang.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button