Liga Negara-Negara Eropah: Kejutan Itali malukan Perancis

Liga Negara-Negara Eropah: Kejutan Itali malukan Perancis

Liga Negara-Negara Eropah: Kejutan Itali malukan Perancis
ITALI bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan ke atas Perancis pada aksi di hadapan penyokong lawan awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Pengendali Itali, Luciano Spalletti memuji prestasi anak-anak buahnya selepas mempamerkan kebangkitan dramatik untuk menewaskan seteru tradisi, Perancis 3-1 pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Azzurri bermula hambar apabila tuan rumah meraih gol menerusi Bradley Barcola ketika saingan baru bermula 12 saat.

Namun, tiga gol yang dijaringkan oleh Federico Dimarco, Davide Frattesi dan Giacomo Raspadori memastikan pelawat meraih tiga mata berharga.



“Saya rasa gol awal yang diraih pasukan Perancis telah mengejutkan pasukan daripada lena. Semua pemain seperti mendapat suntikan motivasi untuk memberikan yang terbaik dalam usaha bangkit daripada perlawanan ini.

“Apa yang pasti, pujian wajar diberikan kepada semua pemain kerana bukan mudah untuk mencipta kejayaan di gelanggang keramat Perancis tetapi kami berjaya lakukan dengan bergaya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1Bestarinet – Tambah kecilakaan kepada Muhyiddin




Sementara itu, kapten yang juga penjaga gol utama Itali, Gianluigi Donnarumma turut senada dengan Spalleti kerana masih belum bersedia ketika diserang pasukan Perancis.

“Saya rasa ketika itu kami masih belum panas dan saingan baru sahaja bermula. Namun, ada baiknya kita dibolosi lebih awal kerana pasukan berjaya memberi yang terbaik dalam usaha melakar kemenangan,” katanya. – AGENSI

Liga Negara-Negara Eropah: Kejutan Itali malukan Perancis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tiada sebab kukuh untuk pengundi DUN Mahkota bertukar parti.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button