Al Fateh disahkan maut kerana lemas

Oleh – Syeikh Baran


Al Fateh disahkan maut kerana lemas

Bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri disahkan meninggal dunia kerana lemas.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil laporan bedah siasat yang diperolehi daripada Unit Forensik Hospital Alor Gajah mengesahkan punca kematian mangsa adalah kerana lemas.

“Proses bedah dilakukan malam tadi bermula pukul 7.30 malam sehingga 10.45 malam dan punca kematian disahkan kerana lemas.

“Tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuh badan bayi berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan seorang pengasuh wanita direman tujuh hari sehingga Jumaat ini selepas disyaki menyebabkan kematian Muhammad Al Fateh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini, semalam.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 34 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak Hospital Alor Gajah memaklumkan telah menerima seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mengikut laporan dibuat, mangsa telah dihantar ke taska oleh datuk dan ibunya pada pukul 7.05 pagi tadi (semalam), namun pada pukul 9.05 pagi, pihak taman asuhan itu menelefon si ibu memberitahu bahawa tubuh badan bayi berkenaan dalam keadaan biru,” katanya.

Bapa mangsa, Mejar Ir. Ts, Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39, berkata, kejadian menimpa anaknya itu dipercayai berpunca daripada perbuatan suspek yang membedung mangsa, menyumbat botol susu dan menekupnya dengan bantal.

Tindakan tidak berhati perut itu terbongkar selepas dia bersama-sama pihak polis melakukan pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button