Gelagat Lucu Meerqeen Raih Perhatian Netizen! [VIDEO]

“Tak Sah Kalau Tak Buat Hal”

Gelagat Lucu Meerqeen Raih Perhatian Netizen! [VIDEO]

Gelagat Lucu Meerqeen Raih Perhatian Netizen! [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi dan model yang berasal dari Malaysia, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan berasal dari Ampang.

Meerqeen memulakan kerjayanya, selepas menyertai satu pertandingan Hero Remaja 2019/2020. Meerqeen lebih dikenali ramai, apabila drama lakonannya bersama Anna Jobling iaitu ‘Melur Untuk Firdaus’ mendapat tempat di hati penonton bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga. Meerqeen kini banyak dilamar jenama-jenama besar fesyen antarabangsa dan sering kelihatan di setiap fesyen atau acara jenama tersebut.



Bagi Meerqeen, walaupun kini dia sedang sibuk dengan urusan kerja, namun tetap meluangkan masa dengan keluarga tercinta yang menjadi penguat dan tulang belakangnya.

“Tak Buat Perangai Bukan Shameer Shauqeen La, Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ejaecan yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 71 ribu, tanda suka sebanyak 2,661 dan sebanyak 39 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Meerqeen yang berada di set penggambaran untuk drama terbarunya itu, namun kelihatan watak yang disandangnya yang agak melucukan.

@ejaecan



Geram laa dengan dia nii 🤣 @Meerqeen @Ezzanie #behindthescene #unclebosmama #meerqeen #astro #astroria #fy #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – senang hati awak😂 – senang hati awak😂

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Meerqeen sememangnya seorang yang masuk air dan gelagat lucunya sering mendapat perhatian ramai terutama peminatnya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?



Gelagat Lucu Meerqeen Raih Perhatian Netizen! [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button