Kerap bawa murid bersiar-siar, rupa-rupanya…

Oleh – Syeikh Baran


Kerap bawa murid bersiar-siar, rupa-rupanya…

Seorang guru Matematik di sebuah sekolah di Tumpat direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac lalu.



Perintah reman terhadap lelaki berusia 49 tahun sehingga 14 September ini dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di  Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Guru tersebut dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sewaktu semasa sesi persekolahan.

Perbuatan itu turut dilakukan di dalam kereta di kawasan pusat beli-belah di sini dan di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan, selain dipercayai sering mengambil mangsa untuk keluar berjalan-jalan.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button