KPN Sahkan Kertas Siasatan Teresa Kok Sudah Di Buka

KPN Sahkan Kertas Siasatan Teresa Kok Sudah Di Buka

KPN Sahkan Kertas Siasatan Teresa Kok Sudah Di Buka

 

Polis membuka kertas siasatan terhadap ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, berhubung kenyataan mewajibkan pensijilan halal boleh menjadi beban kepada perniagaan dan memalukan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Razarudin berkata, siasatan 3R adalah di bawah Seksyen 298 dan 505(b) Kanun Keseksaan.



Teresa Kok juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang meliputi penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

Setakat ini lima laporan polis telah dibuat terhadap Teresa Kok.

Razarudin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan keresahan atau ketegangan antara kaum.

“Walaupun kebebasan memberikan pendapat itu dibenarkan melalui Perlembagaan Persekutuan namun terdapat limitasinya.”



“Kenyataan yang bersifat sedemikian juga adalah satu kesalahan.”

“Ia termaktub di bawah Kanun Keseksaan iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.”

“Polis juga menyeru semua masyarakat untuk menghayati prinsip Rukun Negara,” tegas beliau.

Jakim sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal.



Ianya bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.

Ini mendorong Teresa Kok membantah rancangan itu.

Ia mencetuskan kecaman termasuk daripada Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Khairuddin Aman Razali menyifatkan cadangan mewajibkan pensijilan halal adalah tidak sesuai untuk restoran dan syarikat makanan milik orang Islam.



Khairuddin menegaskan umat Islam sudah terikat dengan prinsip agama mengenai halal dan haram, kebersihan dan kesucian.

Kita juga tidak nampak adanya ke[erluan Teresa Kok mengeluarkan kenyataan tersebut.

Dari sudut perniagaan, sekiranya terdapat Sijil Halal dipamerkan di restoran bukan Melayu, sudah pasti ianya memberikan kelenihan kepada pemilik restoran tersebut.

Masyarakat Melayu Islam sudah pasti tidak akan teragak-agak untuk menikmati makanan di restoran yang mempamerkan Sijil Halal.



Di mana rasionalnya dakwaan Teresa Kok ianya akan menjadi beban dan memalukan negara?

 

KPN Sahkan Kertas Siasatan Teresa Kok Sudah Di Buka

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button