Nenek lintas jalan hantar ketupat pisang maut dirempuh motosikal

Oleh – Syeikh Baran


Nenek lintas jalan hantar ketupat pisang maut dirempuh motosikal

Seorang cucu sempat mengajar neneknya mengucap kalimah syahadah sebelum warga emas itu maut akibat dirempuh sebuah motosikal semasa melintas jalan untuk menghantar kuih ketupat pisang di sebuah kedai di Kampung Berangan, di sini hari ini.



Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Sopiah Uma, 73, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Cucu mangsa, Zuli Che Hassan, 38, berkata, dia terus bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya selepas mengetahui kemalangan menimpa neneknya.

“Neneknya ketika itu terbaring dan masih bernafas, namun hidung, telinga dan mulut dah berdarah. Saya sempat ajar nenek mengucap syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan saya,” ujarnya.

Zuli memberitahu, dia tidak menyangka keterujaan nenek membuat kuih ketupat pisang buat kali terakhir untuk dijual di kedai merupakan petanda ajalnya, berikutan neneknya sudah enam tahun tidak membuat kuih tersebut.



“Dia keluar awal pagi tadi untuk hantar kuih. Mengikut perancangan, dia akan ke tempat kerjanya untuk mengambil upah membersihkan rumah yang tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dari arah Wakaf Bharu menghala ke Tumpat.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak mangsa. Mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button