Penyanyi Erul Samah Gesa Netizen Berhenti Menyokong Pempengaruh Yang Bertindak Untuk ‘Content’ Semata-mata
Penyanyi Erul Samah Gesa Netizen Berhenti Menyokong Pempengaruh Yang Bertindak Untuk ‘Content’ Semata-mata
Sebelum ini Murai.my ada memaparkan kisah diantara Aisyah Hijanah dan suaminya Alif Teega.
Ini berikutan tindakan Aisyah Hijanah yang berkongsikan gambar suaminya, Alif Teega dalam media sosial sekaligus mengundang persoalan dari pelbagai pihak yang mana semua maklum bahawa dia sudah memfailkan perceraian terhadap Alif baru-baru ini.
Berkongsi Gambar Bersama Alif
Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Aisyah dilihat memuat naik swafoto Alif yang difahamkan dirakam ketika mereka sedang bekerja.
Dia bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkongsian tersebut sebaliknya membiarkan orang ramai terus berteka-teki.
Rentetan dari kisah tersebut, ramai yang mula memberikan komen dan mengecam kembali dengan tindakan yang dilakukan oleh Aisyah itu.
Malah ada juga beberapa individu yang menyatakan bahawa kisah penceraian tersebut seolah-olah hanyalah ‘content’ semata-mata untuk menaikkan kembali nama mereka.
Erul Samah Turut Bersuara

Bukan itu sahaja, penyanyi Erul Samah dilihat seolah-olah bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh warga netizen.
Rasanya better jangan support orang begini .. boleh dijadikan content
Tulisnya diruangan komen, sebaiknya janganlah menyokong orang seperti ini kerana berkemungkinan segala tindakan yang mereka lakukan hanyalah untuk ‘content’ semata-mata.
Komen tersebut telah menerima pelbagai respon dan rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Erul.
Sekadar rekod, Aisyah mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap Alif di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Ogos lalu.
Penyanyi Erul Samah Gesa Netizen Berhenti Menyokong Pempengaruh Yang Bertindak Untuk ‘Content’ Semata-mata
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPN Sahkan Kertas Siasatan Teresa Kok Sudah Di Buka
- Layakkah Muhyiddin Gelar Dirinya Pejuang Bangsa Melayu
- Tiada sebab kukuh untuk pengundi DUN Mahkota bertukar parti.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ibrahim: Kenyataan Teresa Kok Tidak Mewakili PH