Suami isteri disyaki dalang sindiket dadah disambung reman
Oleh – Syeikh Baran
Sepasang suami isteri yang disyaki dalang sindiket pengedaran dadah yang ditumpaskan polis pada 1 September lalu terus ditahan reman sehingga Jumaat ini.
Perintah lanjutan reman selama enam hari terhadap kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 37 tahun itu dibenarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Mereka sebelum ini telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 2 September lalu dan sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kosmo! Online 2 September lalu melaporkan sindiket pengedaran dadah disyaki didalangi sepasang suami isteri berjaya dilumpuhkan polis bersama rampasan lebih RM1 juta.
Sumber – KOSMO! ONLINE