Treler ‘terjungkit’ rempuh papan tanda lebuh raya
Oleh – Syeikh Baran
Satu nahas treler yang pelik menyebabkan penutupan lorong arah barat lebuh raya I-64 pada pagi kelmarin, berhampiran laluan daerah Henrico/New Kent di Virginia, Amerika Syarikat, lapor laman berita Fox News.
Menurut Polis Negeri Virginia, papan tanda lebuh raya itu dirempuh sebuah treler pada pukul 9.36 pagi (waktu tempatan).
Ketika nahas berlaku, ia tidak membawa sebarang muatan tetapi treler itu terjungkit ke atas papan tanda lebuh raya.
Pemandu treler, Richard D. Houston Jr, telah didakwa kerana memandu secara melulu.
Dalam kejadian itu, dia tidak mengalami kecederaan.
Polis Negeri Virginia masih menyiasat tentang nahas itu. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE