Atlet Paralimpik dapat tajaan umrah, kembara Korea Selatan

Atlet Paralimpik dapat tajaan umrah, kembara Korea Selatan

Atlet Paralimpik dapat tajaan umrah, kembara Korea Selatan
PEMENANG pingat Sukan Paralimpik 2024 Paris Cheah Liek Hou, Eddy Bernard, Bonnie Bunyau Gustin, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Datuk Abdul Latif Romly bergambar ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO Mohd Fadli Hamzah

Kuala Lumpur: Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) meneruskan sokongan terhadap wira-wira negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 yang berakhir hujung minggu lalu.

Kepulangan kontinjen Paralimpik negara yang membawa pulang pingat pada temasya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal (KLIA) semalam dimeriahkan lagi dengan kejutan istimewa iaitu tajaan pakej umrah dan kembara Korea Selatan bersama ikhlas.com bernilai hampir RM100,000.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran ikhlas.com, Fara Hasan berkata, mereka berbesar hati dapat meraikan kejayaan atlet paralimpik yang banyak berkorban masa dan tenaga demi mengharumkan nama negara di persada dunia.



“Sebagai platform sehenti gaya hidup dan kembara mesra Muslim, ikhlas.com menaja atlet-atlet Paralimpik yang membawa pulang pingat dan jurulatih mereka yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

Pada 13 Ogos lalu, ikhlas.com menunaikan hasrat atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah walaupun gagal meraih kemenangan menerusi acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.

Dilancarkan sewaktu pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com adalah platform kembara dan gaya hidup Muslim direka khusus untuk membantu umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mudah.

Selain ikhlas.com Umrah dan tawaran pelancongan halal dengan usahasama syarikat penerbangan subsidiari, AirAsia X, ikhlas.com turut memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah dan Qurban.



Atlet Paralimpik dapat tajaan umrah, kembara Korea Selatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Mahkota Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button