Azam sahkan dakwaan SPRM tahan Ketua Polis Negeri Sembilan palsu

Oleh – Syeikh Baran


Azam sahkan dakwaan SPRM tahan Ketua Polis Negeri Sembilan palsu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya Ketua Polis Negeri Sembilan akan ditahan pihaknya berhubung siasatan kes rasuah.



Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
 

“Ia palsu,” katanya ringkas ketika dihubungi media.

Ini susulan mesej tular di media sosial mendakwa seorang pegawai perhubungan awam kepada ketua polis Negeri Sembilan ditahan SPRM, semalam.

Mesej yang tular di aplikasi Telegram itu turut mendakwa SPRM merampas wang tunai kira-kira RM4 juta.

Ia juga mendakwa ketua polis negeri berkenaan memperoleh lebih RM20 juta dalam tempoh dua tahun selepas menjawat jawatan itu.



Selain itu, SPRM juga didakwa kemungkinan akan menahan ketua polis negeri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi memberitahu berita itu tidak benar.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan maklumat itu, beliau berkata, setakat ini tiada keperluan berbuat demikian.

“Terdapat banyak isu yang tidak benar disebarkan di media sosial,” katanya.



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button